Ada komen pasal tajuk kat atas?
Ada sape2 yang tak percaya?
Ada sape2 yang tak puas hati?
Ada soalan?
Tak ada soalan sila komen oke..
Aku pun tak tahu la nak percaya ke tak dengan tajuk entri aku sendiri tapi ayat yang 2 la aku dengar dekat dewan
Banyak kali aku fikir dekat sekolah tadi. Bukan apa, macam tak logik pulak dengar macam 2. Kalau macam 2 baik budak2 yang dapat masuk Matrikulasi semua daftar Fom6 je. Yela, kalau dah sijil STPM lebih bernilai nak buat apa masuk Matrik kan? 2 pandangan aku..haha
Ayat cikgu tadi... ( lebih kurang la )
Kepada yang masuk ke PRA-U.." Tahniah kepada para pelajar sekalian kerana ditawarkan ke SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PRA-U. Seharusnya anda semua berasa bangga dan amat bertuah kerana untuk pengetahuan anda sijil STPM adalah lebih bernilai dan lebih diutamakan berbanding Matrikulasi. PRA-U menandakan anda sudah sebelah kaki ke universiti. 60% kouta adalah diletakkan untuk pelajar STPM dan para pelajar Matrikulasi harus bersaing dengan pelajar STPM untuk mendapat tempat di Universiti " .
p/s - Esok kena pilih pakej antara subjek Ekonomi atau Pengajian Perniagaan.
Which one is better????Memang confius nak pilih.
Nanti salah pilih tak boleh bawak subjek 2 lagi susah.

.gif)
.gif)





9 Responses So Far:
APE YG KITE BLAJAR DLM FORM 6 SGT5 BERGUNA BILA NAK MASUK JADI PTD @ MSK GOMEN.... TUH JERR LAAA KELEBIHAN FORM 6....
urm lebih kurang la....sbb sy pon amik matrik dl...
Sebenarnye Matrikulasi ke STPM ke Diploma ke,same je. ada pro dan cons masing2. Mcm aku lepasan Matrikulasi. Sekarang aku dah habis pun buat Degree. Kelebihan dok matrikulasi ni, kau belajar setahun, terus boleh sambung degree. Tapi dengan syarat, kau lepas pointer 2.0. Pilihan course degree pulak bergantung kepada pointer. Lagi bagus pointer, lagi tinggi laa kemungkinan nak dapat course best2. Tapi kontranya, bila masuk matriks ni kene laa kerja keras skit. Bayangkan dlm setahun nak cover 32bab(16 bab satu sem) utk physic, 20 bab kimia (dlm 10 bab satu sem) dan belas2 bab math.(utk student physic laa yg lain aku tatau). Tapi kalau ko gagal matriks, maknanya ko kene start dari mula balik. Samada buat STPM or Diploma.Kalau nak kerja org akan tgk sijil SPM,bukan matriks.
Tapi kalo ko lepasan STPM/Dip, ko boleh terus sambung keje guna sijil ni kalau taknak sambung Degree. Itu kelebihannya. Tapi dari segi tempoh masa belajar tu, dan kuota kemasukkan ke Uni, agak panjang dan susah laa nak dibanding dgn matriks.
Kesimpulannya, mana2 pon kita belajar,buat yang terbaik. Bukan jenis sijil tu yang membuatkan kita lebih baik dari orang lain, tapi kualiti pelajar tu sendiri. Apapon, good luck dik!
apakah??
kalo cmtu,nape pilih bdk2 pndai dpt matrik.
letakkan kt fom6 suda.
hahah ~
ho?
bleh caye ke?
haha :D
btw, btol ckp N tu.
mne2 blaja same je y pnting ushe.
chaiyook2 uitm puncak alam!!! hua3:))
awien: budak budak pandai dapat masuk matrik sebab belajar kat matrik ni tak senang. kena struggle nak dapat 4 flat. belajar sethn je tapi kena kejar silibus yang banyk..
sijil matrik xlaku tapi ni fast track la.. klu nak dapat degree cepat, better masuk matrik. macam aku, amik matrik setahun + dgree 4thn(course kejuruteraan). so dlam masa 5 thn lepas spm aku dah bleh dapat degree
STPM tu TOP 5 tersusah di DUNIA.Dan sijil STPM diiktiraf di dalam dan luar negara.Sudah tentu lah sijil STPM lebih laku dan bernilai berbanding Matrik.Jangan marah ya pelajar-pelajar Matrik.Tetapi inilah kebenarannya. :):o:D
na tanya... antara siji STPM dengan Matrik, mana satu dapat senang dapat biasiswa untuk masuk degree???
Kerajaan wujudkan matrikulasi sebab nak bantu bumiputera yang ketinggalan dalam pelajaran berbanding pelajar bukan bumi terutamanya pelajar bangsa Cina. Dulu2 STPM saja yang boleh digunakan untuk masuk Uni dan ambil ijazah. Namun seingat saya, STPM biasanya dikuasai oleh pelajar bangsa Cina terutamanya aliran Sains. Maka diwujudkan Matrikulasi. Jadi jangan perlekeh STPM. Skor 4.0 Matrikulasi dan 4.0 STPM, nilai sama tapi taraf beza dan penerimaan pihak universiti juga beza. Apapun buat yang terbaik...cuma kalau berani bersaing dengan pelajar Cina, ambillah STPM aliran Sains. Tabik kalau boleh dapat 4.0.