Sentiasa Dalam Radar
Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ dalam kehidupan kamu. Tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam Internet. Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ini bukan kebetulan. Setiap kali anda berada dekat dengannya dan si gadis menegur, dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya berada dalam jarak yang boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia.
Gerak Badan
Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, tutur bicara boleh menipu tetapi gerak badannya sentiasa jujur. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia.
Sentiasa Ada Untukmu
Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda tegur dia menerusi chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Semudah itu.
Bertanya Banyak Soalan Kerana Cemburu
Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh detect rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu!
Dia Tidak Lupa Hari Pentingmu
Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, apabila tiba hari lahirmu dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu atau adanya sambutan seperti hari raya atau sebagainya.
~ WARNING TO YOU GUYS ~
Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jangan buat-buat tidak perasan dengan signal yang kamu terima kerana bila dia sudah banyak kali hantar signal tetapi tidak ada tindakbalas, takut dia akan beralih target pula nanti.
< GUDLUCK MAN >


.gif)
.gif)





8 Responses So Far:
huhu..bukan nak komen sal entri ni..tapi..
lagu latar tu jiwang seh...huhuhuhu....
"yakinlah aku menjemputmu...~~=)
lagu kangen band ni best! ;)
adoi..
owg soh komen entri bkn sal lgu..ha3
post ini sgt kontra!
saye ta stju same skali!
haha :D
faten!!
sya stuju sangat
kontra gila la..
tp ade jugak la sikit2 yg betul..
sikit je..
:)
a
amboi2..
ha3,xdanye gulz cam 2
t laki syok sendri lak
hahaha
Ape yg kontra??/
ase post nie bese je..