Ahad - 28/11/10
Dah seminggu budak2 sekolah cuti (termasuklah aku). Minggu pertama cuti sekolah nie yang bagi aku memang boring. Langsung tak ada apa aku buat, dah la orang kawin sikit. Kalau banyak orang kawin cuti nie boleh jugak aku penuhkan perut aku dengan aktiviti yang berfaedah.haha Asignments, kerja sekolah lagi la, satu haram pun aku tak sentuh lagi, bajet minggu depan baru nak start. Tu pun kalau free la tapi kalau bos dah helo2 suruh datang kedai mintak maaf la, susah la aku nak siapkan. Tapi straight 4 hari runner dengan member2 memang besh even aku takde duit. Nasib baik aku punya teman yang memahami.haha Diorang suruh ikut, aku ikut saje.
Pendahuluan yang tak ada kena mengena dengan isi~
Sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain. Satu benda yang buat budak2 laki takut masa cuti nie. Tambah2 budak sekolah rendah, kalau boleh hari pertama cuti dah nak gerak duduk rumah sepupu la duduk rumah abang la bajet nak lari dari "tanggungjawab". Padahal diorang tak tau mak ayah diorang dah seting baik punya. "Benda" nie orang dulu2 n orang zaman sekarang sebut bersunat/berkhatan. Aku takde la excited sangat nak cerita pasal benda nie tapi dah pergi mana2 pun nampak banner PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI je, duduk rumah pun ada orang datang bagi ofer free bersunat untuk satu rumah so memang terpaksa aku cerita la.
Once in a lifetime kot. Rugi sape2 yang belum merasa.ka3 Teringat lagi masa aku dulu (waktu dan tarikh disediakan)haha Seminggu sebelum hari anugerah nie memang seronok, tak sabar2 rasa nak tunggu hari tu. Tapi bila dah sehari sebelum korang boleh tengok muka aku yang cuak.haha Nak tidur pun susah, tiba2 rasa takut, kat rumah diam je macam baru lepas kena smash dengan ayah.
Dah sampai hari yang aku tak tunggu tu, bangun pagi memang rasa seram. Adik aku dengan sepupu aku boleh bersuka ria lagi, berani la sangat nak tunjuk macho depan aku. Nanti kita tengok apa jadi. Dalam pukul 7setengah kitorang dah gerak dah kat rumah YB, ayah aku hantar. Memang ramai orang, macam kenduri kawin. Benda free memang semua orang nak. Dekat depan rumah tu aku nampak khemah, dalam hati dah tanya "takkan nak buat freeshow depan orang ramai nie kot, biar betul orang nie". Aku tetap dengan muka tadi n budak 2 orang tu pun sama boleh gelak2 lagi, sakit hati betul aku. Takde ke rasa takut sebesar zarah pun kat diorang??? Takpe2, kita tengok nanti.
Bila dah dapat nombor, kena la tunggu giliran. Nasib aku tak dapat nombor satu, kalau tak aku la yang rasmikan gunting tu.haha So aku habiskan masa yang ada dengan baring dan fikir bukan2. Tiba2 nombor aku dipanggil. (dah macam interview pulak) aku buat tak dengar je tapi lepas mak aku bersuara "along, nombor kamu tu".. so terpaksa la aku bangun dengan hati yang berat. Time nie best, aku tengok budak dua orang tu dah mula tunjuk muka sekupang, baru tau nak cuak. Lepas tu ayah aku pun pimpin la aku masuk salah satu bilik yang ada, nasib baik tak buat kat khemah luar tu. Masuk2 ada dua orang mamat nie terus senyum2 dekat aku, lagi la bertambah cuak aku. Lepas tu diorang paksa aku baring atas katil sebelum diorang mulakan kerja jahat diorang.KAH3
Dah setel semua...............
Sekejap je rupanya walaupun aku rasa aku dalam bilik tu lebih sejam. Keluar2 bilik semua pandang aku so aku pun buat muka berani depan diorang. Adik dengan sepupu aku dah tak nampak, aku bajet diorang dah lari dah. Baru mata aku nak lelap tiba2 aku dengar bunyi orang tendang pintu. Rupa2nya sepupu aku mengamuk, taknak sunat hari tu.haha Tu la, tadi ko berani sangat depan aku, masuk je bilik suara dia paling kuat. Memang lawak, nasib baik adik aku tak follow sekali kalau tak dah kena dah dengan ayah aku.
Dekat Jepun, remaja diorang pulak kena buat meriam dari buluh, balut dengan tali, isi bahan letupan and bakar sumbu. Masa bakar tu meriam kena pegang and halakan ke atas.
Dekat India pulak, lelaki kena jalan atas bara api tanpa pakai kasut kalau nak jadi lelaki sejati dan nak hapus dosa.
Nie lagi satu aku nak bagitau. Budak2 sekolah rendah suka sangat tanya soalan2 macam nie (aku pun sama)
" ko dah sunat ke belum? kalau dah tunjuk bukti"
So adik2, kalau korang dapat soalan takde motif macam nie aku cadangkan korang tunjuk benda nie kat orang yang tanya tu.
bukan semua orang boleh dapat sijil nie.haha
Yang bertuah dan bernasib baik je.
Nie bukti aku dah jadi lelaki. Korang ada ke???ka3


.gif)
.gif)





12 Responses So Far:
even aku takde black n white yg membuktikan aku ni dah sunat, aku boleh tunjuk cara "tradisional" kalau mereka nak. Haha.
sengal larh . haha wajib trus ~
megat :
lawak..haha
aku xbrani nk folo care 2...
ada :
not s sengal s ur blog..haha
alamak...sijil aku hlang la...
haha..
buduh...
lau dah xd sjil 2 wt la cre xd...
xyh nk bseng2 ckp ilang...
xpn ko 2 blom sunat..ka3
wah siap ad sijil.hebat2. org pmpuan ag hebat, kcik2 dh sunat whahahha
megat nak tunjuk cara tradisional?????
free show uh? haha
mmg wajib ek laki sunat ? gagaga~~~
mengapakah ?? ngeh3 ;p
wan : ak baru bace...sory2..haha.....mcm ne ade bukti sjil nie?
punce ak nak ank ak t sunat b'rmi2...hahahhaha...:D
sape2 yg xde sijil sunat cam wan afendi
sila la sunat balik!!!!