Ditulis sebagai peringatan kita kerana setiap hari syaitan-syaitan ini mengganggu hidup kita yang mungkin kita tidak menyedari hasutan mereka
Umar al-Khattab r.a. berkata terdapat 9 jenis anak syaitan
Zalituun
Duduk di kedai dan pasar supaya manusia hilang sifat jimat-cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'awan
Menghasut sultan atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan sehingga mengabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Haffaf
Berkawan baik dengan peminum arak. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan.
Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata mulut.
Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, Dassim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga.
Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat lain.
Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.



.gif)
.gif)





4 Responses So Far:
murrah ?
erk , muzik cmne ek ?
=.="
sya >
Islam kate brhibur 2 xslah tp jgn pai lupe tgongjwb sbgai seorg Islam..
*cam xcaye aku ckp cm2..
haha . cm xcaye jugak :P
mmg 2 sume b'lku kt owg zmn skg ni..
t'msuk la ak..uhuhuh